Draf (versi 2026-10-21) — perlu semakan peguam. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (pindaan 2024).
Pemilik & pengurus: nama, emel, kata laluan (dicincang PBKDF2), nama syarikat, nombor SSM dan alamat stesen. Staf (bagi pihak majikan): nama, nombor IC atau pasport, jawatan, gaji pokok dan elaun, bank dan nombor akaun, nombor telefon, tarikh mula/berhenti, kategori caruman, kehadiran (masa masuk/keluar, OT, lewat, cuti), pendahuluan, shortage, PCB dan slip gaji.
Bagi data staf, majikan (pemilik akaun) ialah pengguna data (data user) dan StesenHR memproses data bagi pihak majikan sahaja. Kami tidak menjual atau berkongsi data untuk pemasaran. Staf yang ingin mengakses atau membetulkan data mereka perlu menghubungi majikan.
Data disimpan di Cloudflare (D1) yang mungkin berada di luar Malaysia. Data yang dipadam boleh kekal dalam sandaran Cloudflare (Time Travel) sehingga kira-kira 30 hari sebelum hilang sepenuhnya.
shr_fbclid, 7 hari). Tidak dihantar jika anda tekan Tolak.shr_session (log masuk, 30 hari, perlu), shr_consent (pilihan kuki anda, 180 hari). Hanya selepas Terima: kuki Meta Pixel, Google Analytics (_ga) dan Microsoft Clarity. Tukar pilihan bila-bila masa melalui "Tetapan cookie" di bahagian bawah laman utama.
Data disimpan selagi akaun aktif. Akaun demo dipadam selepas 7 hari. Pendaftaran yang tidak disahkan dipadam selepas 7 hari. Log audit disimpan 2 tahun. Majikan bertanggungjawab menyimpan rekod gaji mengikut undang-undang; eksport data sebelum memadam akaun.
Pemilik boleh mengeksport semua data (JSON) dan memadam akaun pada bila-bila masa dari Tetapan; pemadaman membuang semua stesen, staf, kehadiran, gaji, pautan slip dan akaun pengurus, dan membatalkan langganan Stripe. Kami membalas permintaan akses atau pembetulan dalam 21 hari.
Miracle Mikhael Enterprise (SSM JM1034029V / 202503287594) — hello@stesenhr.com