← StesenHR

Terma Perkhidmatan

Draf (versi 2026-10-21) — perlu semakan peguam.

1. Perkhidmatan

StesenHR ialah perisian untuk majikan stesen minyak merekod staf, kehadiran, mengira gaji dan caruman berkanun, serta menjana slip gaji. StesenHR disediakan oleh Miracle Mikhael Enterprise (SSM JM1034029V / 202503287594) (SSM JM1034029V / 202503287594). StesenHR tidak bergabung dengan mana-mana syarikat minyak.

2. Kiraan gaji & caruman

StesenHR mengira gaji, KWSP, PERKESO (Jenis Pertama dan Jenis Kedua), SIP/EIS dan SKBBK mengikut jadual yang diterangkan dalam aplikasi dan peraturan stesen yang anda tetapkan. PCB/MTD dimasukkan sendiri oleh anda. Anda bertanggungjawab menyemak setiap slip dan jumlah caruman sebelum membayar gaji dan membuat serahan kepada KWSP, PERKESO dan LHDN. StesenHR tidak membuat serahan bagi pihak anda.

3. Tanggungjawab majikan

Anda bertanggungjawab ke atas ketepatan data staf, memaklumkan staf tentang pemprosesan data mereka, mendapatkan persetujuan bertulis staf sebelum menolak shortage atau potongan lain daripada gaji, mematuhi Akta Kerja 1955, Perintah Gaji Minimum dan undang-undang berkaitan, serta menyimpan rekod gaji mengikut tempoh yang dikehendaki undang-undang (eksport data sebelum memadam akaun).

4. Pengurus

Anda boleh menjemput pengurus untuk mengisi kehadiran bagi stesen yang anda pilih. Anda bertanggungjawab ke atas siapa yang anda jemput dan boleh membuang mereka pada bila-bila masa.

5. Langganan & yuran

Setiap stesen dilanggan berasingan melalui Stripe (kad): Kecil (sehingga 10 staf aktif) RM99 sebulan, Sederhana (11 hingga 25) RM169 sebulan, Besar (26 ke atas) RM229 sebulan, atau tahunan pada harga 10 bulan. Yuran setup sekali bagi setiap stesen: RM300, RM500 atau RM800 mengikut pelan. Stesen kedua dan seterusnya mendapat potongan RM30 sebulan (RM300 setahun) selagi ada sekurang-kurangnya satu stesen lain yang dilanggan semasa pembayaran. Tiada percubaan percuma; akaun demo disediakan untuk mencuba. Langganan diperbaharui secara automatik sehingga dibatalkan. Jika bilangan staf aktif melebihi pelan, anda perlu menaik taraf sebelum memuktamadkan gaji. Pembatalan berkuat kuasa pada akhir tempoh yang telah dibayar. Yuran langganan dan yuran setup yang telah dibayar tidak dipulangkan kecuali dikehendaki undang-undang. Stesen yang tidak dilanggan menjadi baca-sahaja; anda masih boleh mengeksport dan memadam data.

6. Akaun demo

Akaun demo mengandungi data palsu dan dipadam secara automatik selepas 7 hari. Jangan masukkan data sebenar ke dalam akaun demo.

7. Penamatan

Anda boleh memadam akaun dan semua data pada bila-bila masa dari Tetapan; langganan Stripe dibatalkan serta-merta.

8. Liabiliti

Perkhidmatan disediakan "seadanya". Kami tidak bertanggungjawab atas kerugian akibat data yang salah dimasukkan atau slip yang tidak disemak. Liabiliti kami terhad kepada yuran langganan yang dibayar dalam 3 bulan terakhir.

9. Hubungi

Miracle Mikhael Enterprise (SSM JM1034029V / 202503287594) — hello@stesenhr.com · https://stesenhr.com