StesenHR › Alat percuma › KWSP, PERKESO, SIP
Kalkulator KWSP, PERKESO, SIP & SKBBK
Masukkan gaji kasar sebulan dan kategori staf. Anda dapat caruman pekerja, caruman majikan dan gaji bersih sebelum PCB, ikut jadual yang sama dengan sistem gaji StesenHR.
Kira untuk semua staf stesen sekali gus
Kalkulator ini satu staf, satu bulan. StesenHR kira gaji seluruh stesen setiap bulan:
- KWSP, PERKESO, SIP dan SKBBK untuk setiap staf, termasuk kategori 60+, pekerja asing dan tanpa KWSP
- OT 1.5x / 2x / 3x, syif malam dan elaun kedatangan masuk ke asas caruman yang betul
- Slip gaji PDF dan pautan peribadi ke WhatsApp staf, eksport CSV
Demo terus masuk, tak perlu emel atau kad. PCB tidak dikira: anda isi dari e-PCB.
Cara guna kalkulator ini
- Gaji kasar: gaji pokok campur elaun tetap bulan itu (contoh elaun kedatangan, elaun cashier). Jangan masukkan OT di sini.
- OT & cuti umum: masukkan berasingan. Ia dikira untuk PERKESO, SIP dan SKBBK, tetapi bukan KWSP.
- Kategori: pilih ikut umur dan status staf. Staf 60 tahun ke atas dan pekerja asing ada kadar lain.
- Bulan gaji: SKBBK hanya untuk gaji Jun 2026 ke atas; pilihan keluar SKBBK untuk staf tempatan bermula gaji Julai 2026.
Contoh kiraan: cashier RM2,000
Cashier warganegara bawah 60, gaji kasar RM2,000, tiada OT, gaji Oktober 2026:
- KWSP: pekerja RM220.00, majikan RM260.00
- PERKESO: pekerja RM9.75, majikan RM34.15
- SIP: pekerja RM3.90, majikan RM3.90
- SKBBK: pekerja RM14.65
- Gaji bersih sebelum PCB: RM1,751.70. Kos majikan: RM2,298.05.
Dari mana angka ini?
Kalkulator ini guna kod caruman yang sama dengan enjin gaji StesenHR: Jadual Ketiga KWSP (jalur RM20 sehingga RM5,000, jalur RM100 sehingga RM20,000, dibundarkan ke ringgit ke atas), jadual caruman PERKESO Akta 4 dan SIP Akta 800 dengan siling gaji RM6,000 (mulai 1 Oktober 2024), dan jadual SKBBK 0.75% fasa pertama (gaji Jun 2026 hingga Mei 2028). Untuk gaji melebihi RM6,000, PERKESO, SIP dan SKBBK ikut baris RM6,000.
Ini panduan umum, bukan nasihat guaman/cukai. Semak jumlah akhir dengan KWSP dan PERKESO sebelum membuat bayaran. Bonus, komisen dan kes khas (contohnya peraturan bonus KWSP 13%) tidak diliputi kalkulator ini.
Soalan lazim
Berapa kadar KWSP pekerja dan majikan?
Bagi warganegara / PR bawah 60 tahun: pekerja 11%, majikan 13% untuk gaji RM5,000 ke bawah dan 12% di atas RM5,000. Jumlahnya ikut jalur gaji dalam Jadual Ketiga KWSP dan dibundarkan ke ringgit ke atas.
Adakah OT dikira untuk KWSP?
Tidak. Bayaran OT dan bayaran kerja hari cuti umum tidak dikira untuk KWSP, tetapi dikira untuk PERKESO, SIP dan SKBBK. Sebab itu kalkulator ini ada ruangan OT yang berasingan.
Apa itu SKBBK?
SKBBK (Lindung 24 Jam) ialah caruman pekerja sahaja kepada PERKESO mulai gaji Jun 2026, 0.75% ikut jalur gaji sehingga RM6,000. Wajib untuk pekerja asing; staf tempatan boleh memilih keluar mulai gaji Julai 2026.
Staf 60 tahun ke atas caruman apa?
KWSP: pekerja 0%, majikan 4%. Tiada SIP. PERKESO Jenis Kedua dibayar majikan sahaja. SKBBK masih dipotong kecuali staf tempatan yang memilih keluar.
Pekerja asing kena caruman KWSP?
Ya, mulai gaji Oktober 2025: 2% pekerja dan 2% majikan atas gaji sebenar, tanpa had. PERKESO majikan 1.75% dan pekerja 0.5%, SKBBK wajib, tiada SIP.
Kalkulator ini kira PCB?
Tidak. PCB (potongan cukai bulanan) bergantung pada status, anak dan pelepasan staf. Kira di e-PCB LHDN dan tolak sendiri dari gaji bersih yang ditunjuk di sini.