StesenHR › StesenHR vs Excel

StesenHR vs Excel untuk gaji stesen minyak

Jawapan ringkas: kalau stesen anda ada beberapa staf bergaji tetap dan jarang OT, Excel atau Google Sheets sudah cukup. Kalau setiap bulan ada OT 1.5x / 2x / 3x, syif malam, elaun kedatangan dengan peraturan lewat, shortage dan staf 60+ atau pekerja asing, StesenHR jimat masa dan kurang risiko formula salah.

Kami yang bina StesenHR, jadi kami ada kepentingan. Kami cuba adil: di bawah ada senarai bila Excel lebih sesuai.

Perbandingan ciri

Hanya ciri yang ada dalam StesenHR hari ini.
PerkaraExcel / Google SheetsStesenHR
KosBiasanya tiada kos tambahanRM99 / RM169 / RM229 sebulan setiap stesen ikut bilangan staf, + yuran setup sekali
OT 1.5x / 2x / 3xFormula sendiri setiap stafDikira sendiri; kadar, hari bahagi dan jam boleh ubah
KWSP, PERKESO, SIP, SKBBKSalin jadual sendiri dan kemas kini bila berubahJadual dalam sistem, termasuk 60+, pekerja asing, tanpa KWSP
Elaun kedatangan & lewatFormula IF sendiriPeraturan sendiri (contoh RM78, tolak RM3 setiap lewat, hangus lewat ke-3)
ShortageTolak manualDitolak hanya bila persetujuan bertulis staf direkod
KehadiranTaip sendiriJumlah bulanan, masa masuk/keluar harian, atau import CSV dari Excel
Slip gajiBuat templat sendiriPDF dengan logo syarikat + pautan peribadi ke WhatsApp (14 hari)
Pengurus stesenFail dikongsi = semua nampak gajiPengurus isi kehadiran sahaja, tak nampak gaji
Kunci bulanTiada; fail boleh diubah bila-bilaMuktamad = dikunci; buka kunci direkod dalam log audit
PCBKira di e-PCB, taip sendiriSama: kira di e-PCB, taip jumlah
Fail serahan KWSP / PERKESO, Borang EABuat sendiriBelum ada (jumlah caruman + eksport CSV sahaja)
Tanpa internetBoleh (Excel)Perlu internet (aplikasi web)

Bila Excel sudah cukup

Bila StesenHR lebih jimat masa

Mahu semak angka dulu? Cuba kalkulator OT dan kalkulator KWSP, PERKESO, SIP percuma, kemudian bandingkan dengan Excel anda.

Tengok sendiri dengan data contoh

Stesen demo dengan 15 staf palsu dan satu bulan kehadiran. Kira gaji, buka slip, muat turun PDF. Data demo dipadam selepas 7 hari.

Cuba demo StesenHR percuma

Tak perlu emel atau kad. Tiada percubaan percuma untuk akaun sebenar.

Soalan lazim

Excel cukup untuk kira gaji stesen minyak?

Cukup jika staf sedikit, gaji tetap dan jarang ada OT, dan anda selesa dengan formula. Bila OT, syif malam, elaun kedatangan dan kategori caruman berbeza setiap staf, kesilapan formula lebih mudah berlaku.

StesenHR boleh import data dari Excel?

Ya, untuk kehadiran. Muat turun templat CSV, isi dalam Excel, kemudian import. Hasil gaji juga boleh dieksport ke CSV.

Berapa kos StesenHR berbanding Excel?

Excel atau Google Sheets biasanya tiada kos tambahan. StesenHR dari RM99 sebulan setiap stesen (sehingga 10 staf) dengan yuran setup RM300 sekali. Tiada percubaan percuma, tetapi ada demo percuma.

StesenHR kira PCB dan hantar fail KWSP?

Belum. PCB anda kira di e-PCB LHDN dan taip jumlahnya. Fail serahan KWSP / PERKESO dan Borang EA / Borang E belum ada; StesenHR beri jumlah caruman setiap staf dan eksport CSV.

Pengurus stesen boleh isi kehadiran tanpa nampak gaji?

Dalam StesenHR, ya: pengurus yang dijemput hanya isi kehadiran dan tidak nampak gaji, IC atau akaun bank. Dalam satu fail Excel yang dikongsi, ini sukar dikawal.